Cara memakai selendang

 

Cara-cara memakai selendang.

ok, ada beberapa orang kawan yang sebelum ni tanya cara nak pakai selendang so,kali ni nak tunjuk cara pakai selendang kepada kakak-kakak,adik-adik…abang-abang-abang pun boleh jugak lah~ hew hew hew

tapi korang jangan gelak pulak…muka memang nampak lawak, sebab tak tau nak buat muka camna. sila gelak dalam hati sahaja…

cara pakai selendang yang nak ditunjukkan ni ada 3 cara.

1. cara basic pakai oblong scarf (saiz tie rack)

2. cara pakai square scarf (saiz tie rack)

3.cara pakai oblong scarf luar biasa.hehehe..yang ni kena guna 2 scarve

Cara-cara memakai oblong scarf/selendang

1. Pinkan tudung macam biasa, bagi scarf di kedua-dua belah sama panjang.tapi takperlu buat gaya macam ni kalau tak mau dibuli di sekolah…buruk bebenor rupa (-_-”)

2. Ambil sebelah(kiri atau kanan) scarf dan lilitkan di kepala. Perlu senyum begini ya, agar tampak manis. kan manis jer gadis di dalam gambar ni…hew hew hew

3. pinkan hujung selendang yang dililit tadi di bahagian tepi. pinkan juga di bahagian atas kepala supaya scarf tak jatuh ke bawah. harap abaikan double chin itu. si punya badan malas berdiet.

4. selepas itu, kita perlu beri renungan tajam dan menggoda setelah puas orang mengutuk kita sebentar tadi.

5. ambil lagi satu belah scarf tadi untuk dipinkan di bahagian bahu

6. pinkan scarf di bahagian bahu.

7. setelah siap, sila strike a pose.

8. pandangan dari tepi.

9. pandangan dari belakang.

Cara-cara memakai square scarf/tudung 


1. ambil mana-mana sisi tudung dan pinkan tudung seperti biasa.

2. ambil bahagian kiri/kanan tudung untuk dililitkan di kepala (peringatan:bukan kepala lutut)
err..korang takyah buat kot gaya kelawar camni.
3.bahagian yang diambil tadi di tarik ke depan, seperti dalam gambar ye.

4. lilitkan di kepala dan pinkan. tak perlu lilit sampai habis. sekadar sampai di atas kepala saja.err..faham ke? maksudnya tak perlu lilit sampai ke depan(dagu).cuma sekadar nak pin di bahagian atas kepala sahaja. kalau tak faham..boleh tanya yer.boleh rujuk gambar dari belakang.

5. ambil lagi satu bahagian tudung lagi(kiri/kanan) untuk dipinkan di bahu.kemaskan sebelum pin.

6. pinkan tudung di kedua-dua belah bahu supaya lebih fix.

7. sudah siap! pandangan dari depan. boleh juga pose konon-konon ayu seperti model di atas. huahuahua

8.pandangan dari tepi.

9. pandangan dari belakang.

Cara-cara memakai 2 scarves

1.ambil scarf 1( plain/tiada corak) dan buatkan segitiga di salah satu hujung scarf.

2. gunakan bahagian segitiga tadi untuk dipakai dan pinkan seperti biasa.



3. ambil scarf ke-2 (bercorak) dan pakai seperti dalam gambar.pinkan bersama-sama scarf pertama tadi. pastikan scarf ini panjang sebelah.

4. ambil kedua-dua scarves bahagian yang panjang dan lilitkan di atas kepala. sila tidak peduli muka model.cubaan model buat muka kucing cute .
5. selepas lilit, akan jadi seperti ini ya kawan-kawan.
6. kemudian, ambil scarf pertama(plain/ tiada corak) sahaja dan lilitkan sekali lagi.
7. pinkan scarf plain/tiada corak di tepi seperti dalam gambar.

8. kemudian, ambil scarf yang bercorak tadi dan pinkan di bahu.


9. sudah siap! pandangan dari hadapan.
10. ini step paling penting ya! sila buat muka bajet…janji comel.hahaha
11. pandangan dari belakang.

Mudah bukan? korang boleh lah..cuba di rumah..
kalau tak jadi,cuba lagi. sebab lain scarf lain saiznya…so kena pandai-pandai adjust sendiri lah.
cuma, apa yang penting…kerjasama!(wonderpet)

hehehe…ok, sekian.

SELAMAT MENCUBA!

p/s: kalau nak scarf bercorak macam di atas, sila lawat blogshop saya Tie Rack Shoppe(iklan sket..hehe)

p/s i love u: thanx banyak2 yan sebab sudi jadi model tak bertauliah n sanggup tolong sampai terpaksa tido lewat. terharu… T_T

Y

About these ads
Categories: Fesyen Wanita | Leave a comment

Post navigation

Sila tinggalkan komen anda....TQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: