Mangsa Fesyen

 

this is a soft reminder to all Mulim sister what’s a turban means.
Hadis nabi saw :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka. – riwayat Abu Daud.
banyak lagi fashion yang pelik-pelik sekarang…. berfashion tapi lupa…lupa bahawa aurat perlu ditutup bukan dibaluti..memang kadang-kadang kita terlepas pandang dan sambil lewa sahaja bila bab aurat, tapi bila umur semakin matang semakin dapat berfikir, lakukan amalan dengan sebaiknya… biar dulu kita tidak berperilaku dan masih ada masa untuk kita memohon keampunan dari-Nya..
 jangan lah jadi mangsa fashion…ingat! selangkah kita(perempuan) keluar dari rumah tanpa menutup aurat maka selangkahjuga ayahnya ke neraka. begitu juga isteri..selangkah isteri keluar dari rumah maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka,renung-renungkan…

 

Definisi mangsa fesyen

SERINGKALI kita mendengar label mangsa fesyen merujuk kepada mereka yang berpenampilan bak badut dan tidak kena gaya. Namun persoalannya, apakah definisi sebenar mangsa fesyen dan bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada tergolong dalam kategori ini?

Label atau terma ‘mangsa fesyen’ sewajarnya dielakkan oleh setiap individu kerana ia boleh mengundang reaksi kurang selesa daripada orang sekeliling. Kebiasaannya, label tersebut digunakan apabila kita ingin mengkritik gaya pemakaian seseorang.

Dalam erti kata lain definisi mangsa fesyen itu sendiri sangat subjektif dan terpulang kepada interpretasi masing-masing.

Secara peribadi saya berpendapat, selalunya individu cenderung menjadi mangsa fesyen kerana terlalu mencuba untuk berfesyen dan bergaya. Pada masa yang sama, sanggup membeli apa sahaja yang dicadangkan oleh orang lain yang dianggap stailo.

Hakikatnya, bukan mahal atau murah sesuatu pakaian yang menjadi ukuran dalam aspek penampilan seharian. Sebaliknya, memadai sekiranya individu tampil selesa dan hebat dalam pakaian yang bersesuaian dengan potongan badan, imej dan personaliti. Kunci utama, penampilan bukan bergantung kepada pakaian yang dipakai tetapi, cara kita memakai pakaian itu.

Sehubungan itu, beberapa panduan diberikan bagi membantu anda kelihatan hebat dan bergaya:

Sentiasa jadi diri sendiri

Pilih pakaian dan aksesori yang kita fikirkan menarik, bukan semata-mata mengikut trend fesyen. Selain itu, kita perlu sentiasa selesa dengan apa jua pakaian yang digayakan dan perlu bijak memilih item fesyen yang bersesuaian dengan umur, potongan tubuh badan, imej dan personaliti serta mengambil kira acara, majlis dan lokasi.

Jika kita berasakan semua mata seolah-olah memandang sinis semasa kita menggayakan sesuatu pakaian, berkemungkinan besar imej itu tidak sesuai dengan kita. Begitu juga dengan trend warna terang. Elakkannya jika anda tidak biasa serta kurang selesa memakainya. Paling penting perlu jujur dengan diri sendiri.

Usah berlebihan

Jangan terlebih dalam berfesyen. Anda tidak perlu gayakan semua pakaian dan aksesori popular dalam satu masa. Ia kelihatan pelik dan janggal. Cadangan saya, tidak perlu membazir, memadai membeli beberapa pakaian yang trendy mengikut musim. Kemudian, suai dan padan dengan item fesyen asas yang terdapat di dalam almari pakaian anda.

Suai dan padan

Pakaian baharu yang sesuai dipraktikkan suai padan bersama item fesyen lama secara bijak dan kreatif. Selalunya, kaedah ini membantu menyuntik penampilan yang lebih menarik dan segak. Lagipun, ia menjimatkan wang anda.

Rancang beli-belah

Sebelum anda bercadang untuk membeli pakaian ataupun aksesori baharu, tanya diri sendiri sama ada anda membelinya kerana ia barang terkini atau kerana anda betul-betul memerlukannya? Jika anda membeli hanya kerana jenama barangan tersebut, lupakan sahaja niat itu. Ini disebabkan lama-kelamaan anda kurang menyukai pakaian itu.

Jangan mudah terpengaruh

Usah jadi hamba fesyen disebabkan paparan media cetak dan elektronik. Jangan meniru bulat-bulat apa yang kita lihat menerusi televisyen dan majalah kerana kebanyakan selebriti serta barisan model bergaya semata-mata untuk menarik perhatian umum.

Mengambil inspirasi untuk lebih bergaya tidak salah, cuma ia perlu disesuaikan dan diolah mengikut gaya hidup. Ini termasuklah menyesuaikan dengan latar belakang budaya masyarakat setempat.

Antara ciri-ciri mangsa fesyen:

Gemar membeli barangan berjenama.

Terlalu taksub atau kuat nafsu membeli-belah sehingga sebahagian besar daripada kumpulan ini sanggup berhutang ribuan ringgit.

Hanya memakai pakaian atau aksesori trend terkini, tanpa mengira sama ada ia sesuai dengan diri dan situasi.

Membeli pakaian yang sempurna dari segi rekaan tetapi malangnya tidak cocok apabila membaluti tubuh sehingga penampilan tampak kurang sempurna.

Ciri ciri mangsa fesyen.

Antara ciri seorang mangsa fesyen ialah kerakusannya untuk mencuba dan menggayakan segala jenis fesyen terkini tetapi pada akhirnya diri mereka masih lagi kelihatan seperti sebuah kapal korek. Sebagai contoh, kita tertarik dengan rekaan fesyen terkini rekaan seorang pereka fesyen terkenal seantero benua seperti Giorgio Armani yang digayakan dalam sebuah majalah fesyen tempatan. Sebaik sahaja kita menggayakan fesyen yang sama kita kelihatan seperti seorang pesakit kronik di wad jiwa.


Salah satu lagi ialah apabila apabila kita meniru gaya atau fesyen seorang selebriti yang sememangnya menarik dipandang tetapi apabila kita memakainya atau menggayakan fesyen tersebut kita kelihatan tak lain tak bukan seperti tong sampah. Sebagai contoh, sewaktu David Beckham menggayakan rambut ala Mohican satu masa dahulu ramai pengikut setianya turut menggayakan fesyen yang sama. Malangnya, satu demi satu daripada mereka dimaki hamun dan digelakkan orang selama 7 keturunan. Agaknya, kerana malu peminatnya ditertawakan dek orang, Beckham menukar fesyen rambutnya setelah hanya 2 minggu bergaya dengan ala Mohican.

Seorang mangsa fesyen juga suka berbelanja di luar kemampuan mereka. Pada tahun 1998, seorang rakan baik saya di kolej telah membeli sehelai sweater yang mempunyai tulisan ‘Versace’ di kedua dua lengan bajunya. Beliau menghabiskan keseluruhan elaun bulanannya (RM600) untuk membeli sweater tersebut. Selama sebulan juga beliau tidak makan nasi kerana menyimpan duit untuk membelinya tapi sebaliknya memakan roti bersama krim coklat ‘Nutella’. Saya telah memarahinya selama berjam jam kerana sikapnya yang amat obses terhadap gaya dan fesyen terkini. Akhirnya, beliau meminta maaf dan telah membelikan saya sehelai baju baru sebagai tanda bersalah dan meminta maaf. Saya pun memaafkannya.

Jadi, elakkan daripada membazirkan duit untuk membeli pakaian berjenama yang mahal, tetapi sebaliknya gunakanlah duit tersebut untuk membelanja rakan rakan anda di kedai kopi, atau belanjakan duit tersebut ke arah membeli barang barang yang berfaedah seperti raket badminton atau kuih muih untuk diberi sewaktu melawat rakan rakan yang sakit.

Selain dari itu, seorang yang obses dengan fesyen juga akan membeli pelbagai jenis majalah fesyen untuk memenuhkan almari bukunya. Kononnya, mereka mengikut perkembangan terkini semasa dalam dunia fesyen. Yang peliknya, setelah sekali diimbas, majalah tersebut tidak akan dibuka lagi buat selama lamanya. Jika tak percaya, cuba buka majalah majalah tersebut apabila anda berada di rumah rakan anda. Anda akan perasan isi majalah tersebut seperti ‘melekat’ dengan mukasurat lain kerana sudah berkurun tak dibuka.

Ingat, jangan biarkan diri anda menjadi mangsa fesyen. Caranya mudah. Jadilah diri anda sendiri. Jangan jadi orang lain.

 

Dalam berfesyen ni kalau terlebih-lebih sangat nampak over juga. Itulah yang dinamakan mangsa fesyen. Gaya Siti Sarah ketika menghadiri Anugerah Skrin baru-baru ini nampak over sikit. Macam tak kena pula dengan Sarah yang genit dan comel tu.

Nampak overlah Sarah…

Kalau Sarah memang ingin nampak menyerlah kira dia berjayalah sebab warna merah menyala memang membuatkan Sarah nampak ketara dari jauh dan menonjol daripada orang lain.

Tapi bulu ayam yang banyak sangat menampakkan Sarah sedikit gempal dan pendek.

Macam lari pula daripada imej Sarah sebelum ini yang sentiasa tampil dengan gaya yang menarik.

Fesyen Datuk Siti Nurhaliza masa pelancaran album terbaru, Hadiah Daripada Hati. Ada yang mengutuk dan ada yang memuji. Tapi ramai yang tak suka dengan gaya Siti Nurhaliza.Mungkin Siti Nurhaliza ada alasan sendiri mengapa dia berpakaian seperti ini. Sehingga ada wartawan yang tidak segan silu mengatakan Siti Nurhaliza telah melakukan jenayah fesyen. Kesian Siti Nurhaliza apabila dikatakan dia juga menjadi mangsa fesyen. Siapa salah dalam hal ini? Mungkin tiada orang yang berani menegur Siti? Sepatutnya pereka fesyen yang perlu menjadi cermin dalam isu ini.

Categories: Police Fesyen | Leave a comment

8 tips memilih kosmetik yang tepat untuk kulit anda

8 Tips Memilih Kosmetik yang Tepat untuk Jenis Kulit Anda
Pilihan kosmetik yang tepat amat penting untuk menciptakan penampilan segar dan alami.
Kosmetik yang tepat juga akan mencegah alergi seperti ruam, gatal-gatal, dan jerawat.
Setiap orang memiliki kulit yang unik, begitu pula wajah tiap orang memiliki karakteristik yang berbeda yang harus dipertimbangkan ketika memilih kosmetik.

Jika Anda kecewa ketika eye shadow sudah luntur sebelum makan siang atau foundation Anda terlihat berlapis, memahami karakteristik kulit sebelum membeli kosmetik menjadi penting dilakukan.

Berikut beberapa tips untuk membantu Anda mencari kosmetik terbaik.
1. Hindari kosmetik yang kering atau mengiritasi kulit
Setiap jenis kulit akan bereaksi berbeda terhadap berbagai jenis kosmetik. Bahkan jika suatu merek eye shadow cocok untuk Anda, lipstik dari merek yang sama mungkin tidak akan cocok. Hal ini karena jenis kulit pada kelopak mata mungkin sangat berbeda dengan jenis kulit pada bibir Anda.
Ketika Anda memilih kosmetik seperti foundation, misalnya, hindari kosmetik yang membuat kulit kering dan mengelupas. Sayangnya, Anda mungkin harus mencoba beberapa produk untuk mendapatkan produk yang benar-benar cocok.
Isu lain yang harus diperhatikan adalah kulit mungkin mengalami alergi ketika memakai kosmetik yang telah biasa Anda pakai. Anda mungkin terpaksa mencari alternatif merek lain. Karakterisitk kulit bisa berubah secara signifikan sehingga memaksa perubahan jenis kosmetik .
2. Pertimbangkan warna kulit ketika memilih kosmetik
Memilih warna yang salah, terlalu terang atau terlalu gelap akan membuat kosmetik kurang menarik. Pilih kosmetik yang cocok dengan warna kulit Anda.
Foundation, eye shadow dan eyeliner gelap akan cocok bagi mereka dengan warna kulit coklat atau zaitun. Disisi lain, jika memiliki kulit pucat, Anda harus memilih nuansa warna yang lebih ringan. Kosmetik harus memperkuat bukan malah berkompetisi dengan warna kulit.
3. Belilah produk yang berkualitas
Make up berkuliatas mungkin tidak terlalu ramah di kantong. Tapi make up murah atau berkualitas rendah berpotensi memberi masalah lebih besar.
Make up kulaitas rendah sering tidak nampak menyatu dengan wajah sehingga memberi kesan Anda memakai topeng atau lapisan plastik.
Carilah kosmetik berkualitas. Jika jeli memilih, kosmetik bermutu tidak harus membuat jebol kantong Anda.
4. Kulit kering
Jika Anda mempunyai kulit kering, jangan putus asa. Anda harus memakai mousse atau foundation jenis creme. Hindari produk dengan formula tanpa minyak karena cenderung membentuk garis halus pada wajah Anda.
Kelembaban adalah kata kunci dalam pemilihan lipstik dan lip glos. Cari lipstik dengan pelembab dan gunakan lip gloss yang memiliki kandungan seperti lidah buaya atau vitamin E. Keduanya akan memberikan kelembaban pada bibir.
5. Kulit sensitif
Carilah produk yang diberi label khusus untuk digunakan pada kulit sensitif. Non-alergi adalah kata kunci yang perlu Anda cari pada label. Hindari produk dengan tingkat bahan pengawet yang tinggi.
6. Kulit kombinasi
Anda dapat memilih produk yang berbeda pada bagian wajah yang berbeda, atau Anda dapat memilih produk yang khusus diciptakan untuk kulit kombinasi. Bahkan kulit normal juga memiliki wilayah yang lebih atau kurang berminyak dari daerah lain.
7. Kulit berminyak
Untuk kulit berminyak, gunakan produk yang tidak akan menyumbat pori-pori. Usap kulit dengan lembut menggunakan spons secara berkala untuk menghapus kesan berminyak.
8. Pilihan pembersih
Hindari pembersih yang keras atau membuat kulit kering begitu pula pembersih yang mengandung banyak minyak. Pembersih kulit terbaik, terlepas dari jenis kulit adalah pembersih yang larut dalam air dan lembut pada kulit.
Categories: Info Grooming | Leave a comment

Fesyen Rambut Lelaki 2011

Berikut adalah potongan-potongan yang mampu membuatkan anda tampil lebih handsome dan smart!

Categories: Fesyen Lelaki | Leave a comment

Rahsia Kecantikan Erra Fazira

Kecantikan dan paras yang dimiliki bekas ratu cantik dan model ini telah melayakkan Erra Fazira diangkat menjadi duta jenama baru Estee Lauder Malaysia.

Dia yang juga pelakon popular berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan petua kecantikan yang diamalkannya serta pengalaman bersama Estee Lauder.

Bagi Erra Fazira, kecantikan bererti memiliki kulit yang bersih dan segar. Bukan sekadar fizikal kerana bagi aktres popular itu, kecantikan bererti cantik di dalam dan juga di luar.

Ibunya juga pernah berpesan supaya meminum air secukupnya, mendapatkan waktu tidur yang betul dan sentiasa gunakan produk yang sesuai untuk kulit muka.

Jelas Erra Fazira, antara memori terawalnya bersama Estee Lauder telah bermula sejak dia kecil lagi.

Apatah lagi, ibunya juga antara peminat setia barangan Estee Lauder dan secara semulajadi Erra turut terikut memilih jenama ini untuk dipakainya.

Kini Erra diangkat menjadi duta jenama kecantikan Estee Lauder Malaysia dan ia sudah cukup membanggakan.

“Saya berasa bangga apabila dipilih sebagai duta jenama Estee Lauder Malaysia. Estee Lauder adalah jenama kosmetik terkemuka yang menawarkan pelbagai produk unggul untuk wanita pelbagai kaum dan gaya.

“Produk Estee Lauder amat sesuai untuk kulit saya. Saya yakin terhadapnya dan saya gunakannya setiap hari. Ini merupakan peluang terbaik buat saya untuk memberitahu setiap wanita mengenainya,” komen Erra sebagai duta baru Estee Lauder Malaysia.

Erra juga teruja kerana berpeluang berkongsi pengalaman dengan para peminat dan wanita Malaysia.

Malah dia berharap agar dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai wanita supaya mengamalkan rejim kecantikan yang sihat, sebagaimana yang dikatakan oleh Puan Estee Lauder ” Anda hanya miliki satu wajah, jaga wajah anda”.

Erra juga berkongsi sedikit petua dan rutin penjagaan kulit yang diamalkannya.

Katanya pada waktu siang dia akan mencuci muka, sapukan toner, serum, pelembab dan sunblock.

Pada waktu malam pula dia akan pastikan keseluruhan mukanya berada dalam keadaan yang bersih daripada sebarang makeup. Sesekali ada juga dia menggunakan masker jika merasakan kulit harus dimanjakan.

Namun pada waktu siang atau malam, Erra tidak pernah tinggal untuk menggunakan produk kegemarannya iaitu serum Advanced Night Repair untuk sentiasa mebuatkan kulit lembap dan nampak muda.

Jika mempunyai masa yang terluang, Erra tidak akan menolak untuk berkunjung ke spa bagi mendapatkan rawatan tambahan.

“Saya tidak pernah menolak peluang ke spa, rawatan kuku dan facial. Bila saja saya perlukan rawatan kecantikan segera, saya kunjungi Estee Lauder Skincare Center di Metrojaya Mid Valley untuk rawatan facial.

Pakar-pakar terapinya sangat profesional hinggakan saya terlena dalam keadaan penuh relaks semasa mendapat rawatan facial,” ujar Erra yang ternyata berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan Estee Lauder.

Antara rahsia yang membuatkan dia sentiasa terlihat cantik adalah cara diet yang diamalkannya.

“Saya pastikan saya minum air secukupnya dan kurangkan makanan bergoreng. Tetapi baru-baru ini saya temui CyberWhite Extra Intensive BB Creme Estee Lauder.

“Produk ini sungguh menakjubkan, ia menjadikan kulit wajah saya kelihatan mulus dalam sekelip mata.

“Ia juga membantu meratakan tona kulit saya dan meninggalkan seri bercahaya.

“Bukan itu sahaja, ia membantu pengeluaran sebum dan menjadikan bedak asas tahan berjam-jam lamanya,” katanya lagi.

Erra yang turut menggemari Lipstik Pure Color Sensuous Rouge Estee Lauder ternyata berpuas hati kerana ianya mudah disapu dan menyerlahkan bibir mengikut kemahuannya.

Kata Erra lagi, rasanya yang kaya dan terasa lembut pabila disapu pada bibir dan warna kegemarannya adalah Sensous Nude.

Categories: Info Grooming | Leave a comment

Oops…

Akim

Adakah Akim baru pulang dari Eropah? Entah mengapa trench coat seperti ini telah menjadi pilihan Akim kala menghadiri ASK 2011. Memang tak ada salahnya, cuma kurang sesuai. Lainlah kalau PWTC dituruni sajli.

Fauzi Nawawi

Pemilihan jaket emas berpotongan longgar seperti ini sebenarnya kurang sesuai untuk jejaka yang berfizikal rendah seperti Fauzi Nawawi. Tapi dia tetap berani dan kekal macho bergandingan si isteri yang sarat dengan kilauan keemasan.

Betty Banafe

Ketika bertemu Betty Banafe, dia bersifat terbuka untuk penampilannya dikritik. Mungkin inilah gaya sebenar Betty Banafe yang tidak akan pernah berubah. Walaupun tampak berusia tapi dia kekal selesa.

Ieka Mentor

Tolonglah Ieka, rimas dengan penggayaan rambut anda itu. Alasannya kerana rambutnya yang terlalu tebal. Tambahan pula digayakan dengan gaun meleret, maka bertambah meleretlah jadinya.

Rafidah Ibrahim

Inilah akibatnya bila menjadi mangsa fesyen. Langsung tak sesuai dengan imej Rafidah Ibrahim yang bertudung. Terlalu sendat, sehingga rasa sesak nafas. Sudahlah terlalu merah banyak pula kemilau di sana sini.

Maimon Mutalib

Entah apalah yang difikirkan pelakon senior Maimon Mutalib ketika menyarungkan persalinan ini. Paling tak tahan, bila ada pula butang bintang di atas kepalanya. Nanti dulu, adakah itu rambut asli atau rambut palsu? Cuba jawab sikit.

Ziela Jalil

Penampilannya sangat busy di sana sini. Dari hujung turban hingga hujung baju paras lutut. Maaflan clutch Lois Vuitton itu tak banyak membantu ya.

 

Najwa Latif

Ada sumber yang berkata, gaya Najwa Latif ketika di karpet merah seperti Mak Cik. Mulanya tak nak percaya, tapi bila sudah lihat sendiri. Alahai…Najwa Latif, kamu memang nampak berusia. What a disaster!

Rozita Che Wan

Maaflah Che Ta, walaupun you mengelak daripada pakaian dikritik tapi kali ini tak ada pilihan. Nak kata minang kabau tak juga. Nak kata fesyen futuristic, mungkin juga.Alahai sendatnya Che Ta. Boleh bernafas kah Che Ta oii..

Farahdhiya

OMG. Inilah namanya gabungan etnik dan moden. Lebih sesuai untuk ke majlis koktel, gaun singkat ini membuatkan penampilan Farahdhiya kelihatan huru-hara. Kombinasi yang kurang sesuai.

Sabhi Saddi & Erul

Memang pantang sekali bila melihat anak muda memakai songkok sebegini. Bukan nak berceramah, tapi seelok-eloknya, songkok yang direka oleh nenek moyang kita itu, adalah lebih afdal jika dipakai dengan cara sepatutnya. Tak gitu?

Aril & Azri

Bukannya apa, cuma bila baju persalinan Melayu digayakan dengan snow cap seperti yang dipakai dua bintang Akademi Fantasia, Aril dan Azri ini, tampak janggal di mata. Alangkah segak sekiranya persalinan tradisi kita digayakan dengan sempurna. Barulah semangat nak beraya.

Juliana Evans

Cantik wajah Juliana Evans. Solekan yang menawan, top dan mini skirt itupun cantik. Tapi Opss… kenapalah agaknya Juliana tergamak untuk menyarungkan sandal? Tiada langsung keseragaman dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Nurul Elfira Loi

Mungkin dalam usianya masih muda, banyak perkara yang Nurul perlu tahu dalam soal bergaya. Tapi, minta maaflah ya, penampilan anda ini masih dikategorikan dalam Opss… kerana kombinasi yang cukup mengarut. Belek majalah InTrend lagi adik yer.

 

Ramlah Ram

Memang susah untuk tampak hebat, lebih-lebih lagi jika bertudung. Mungkin masalah itulah dialami oleh Ramlah Ram. Maka dia terpaksa bergaya trendy dengan pemilihan yang agak salah dan terpesong dengan usianya. Siapa nak jawab?

Didie Alias

Bukanlah teruk sangat penampilan Didie Alias dengan persalinan rekaan Dewi Sofya ini, tapi terus terang, ada adakalanya penampilan Didie Alias agak keterlaluan. Lihatlah betapa banyaknya dawai yang melingkari lehernya. Susah Detektif Stailista nak klasifikasikan fesyennya. Tapi rambut tocang Didie kali ini memang Stailista.

Categories: Police Fesyen | Leave a comment

Tak Semestinya Stailista

Menjadi perhatian di karpet merah hingga ke pentas ABPBH 2011, Didie Alias atau Lady Gaga Malaysia sekali lagi meletakkan diri dalam senarai tidak semestinya stailista. Mungkin ini adalah idea daripadanya sendiri dan direalisasikan oleh Raffiey Nasir seperti sudah melebihi tema Larger Than Life.

Pelakon baru dalam Vanilla Coklat ini telah menjadi mangsa fesyen sehingga ada yang tidak mengenali siapakah dia. Solekan dan pakaian yang dikenakan Fifie Natasya melengkapkan penampilannya yang tampil begitu tidak semestinya stailista sekali.

Percubaan seterusnya bagi penyanyi Cinta Muka Buku ini masih tidak berjaya apabila busana yang digayakannya seperti ada yang tidak kena. Hasil rekaan Wan Huzairil dengan rona merah jambu terang bermotif itu masih menyebabkan Najwa terus berada dalam senarai tidak semestinya stailista pada malam ini.

Categories: Police Fesyen | Leave a comment

Jejaka ABPBH2010 Paling Stailista

Aizat

Gaya bersahaja Aizat yang tidak terlalu mencuba telah memberi penampilan yang cukup bergaya. Sut kelabu berbutang enam memang sesuai dengan warna kulit dan gaya rambut yang tidak terlalu terurus. Nampak maskulin.

Remy Ishak

Hitam & putih pilihan paling sempurna kala ke majlis rasmi. Remy Ishak nampaknya tak terkecuali. Walaupun penampilannya ringkas, tapi wajahnya yang tidak siap bercukur dan rambutnya yang basah itu memberi impak yang cukup jantan pada penampilannya.

Adi Putra

Mengimbas kembali gaya pegawai kerajaan peghujung 80-an dan di awal 90-an. Adi Putra nampaknyaknya mengembalikan semangat gaya tahun berkenaan, cuma di glamorkan dengan pemilihan kolar oriental, potongan sendat dan kaca mata bercahaya. Cayalah.

Kamal Adli/Fizo Omar

Mood 50-an memang ada pada gaya dua-dua jejaka ini. Dari pemilihan beret, kaca mata dan potongan sut mereka, memiliki elemen berkenaan. Kamal Adli dan Fizo Omar menggayakan sut rekaan Lords Tailor.

 

Iqram Dinzly

Kali ini Iqram Dinzly benar-benar menepati gaya. Sut berjalur, tali leher rona coklat yang dilengkapi hiasan satin sutera di poket atas menampakan dia cukup berkeyakinan.

Categories: Fesyen Lelaki | Leave a comment

Cara memakai selendang

 

Cara-cara memakai selendang.

ok, ada beberapa orang kawan yang sebelum ni tanya cara nak pakai selendang so,kali ni nak tunjuk cara pakai selendang kepada kakak-kakak,adik-adik…abang-abang-abang pun boleh jugak lah~ hew hew hew

tapi korang jangan gelak pulak…muka memang nampak lawak, sebab tak tau nak buat muka camna. sila gelak dalam hati sahaja…

cara pakai selendang yang nak ditunjukkan ni ada 3 cara.

1. cara basic pakai oblong scarf (saiz tie rack)

2. cara pakai square scarf (saiz tie rack)

3.cara pakai oblong scarf luar biasa.hehehe..yang ni kena guna 2 scarve

Cara-cara memakai oblong scarf/selendang

1. Pinkan tudung macam biasa, bagi scarf di kedua-dua belah sama panjang.tapi takperlu buat gaya macam ni kalau tak mau dibuli di sekolah…buruk bebenor rupa (-_-“)

2. Ambil sebelah(kiri atau kanan) scarf dan lilitkan di kepala. Perlu senyum begini ya, agar tampak manis. kan manis jer gadis di dalam gambar ni…hew hew hew

3. pinkan hujung selendang yang dililit tadi di bahagian tepi. pinkan juga di bahagian atas kepala supaya scarf tak jatuh ke bawah. harap abaikan double chin itu. si punya badan malas berdiet.

4. selepas itu, kita perlu beri renungan tajam dan menggoda setelah puas orang mengutuk kita sebentar tadi.

5. ambil lagi satu belah scarf tadi untuk dipinkan di bahagian bahu

6. pinkan scarf di bahagian bahu.

7. setelah siap, sila strike a pose.

8. pandangan dari tepi.

9. pandangan dari belakang.

Cara-cara memakai square scarf/tudung 


1. ambil mana-mana sisi tudung dan pinkan tudung seperti biasa.

2. ambil bahagian kiri/kanan tudung untuk dililitkan di kepala (peringatan:bukan kepala lutut)
err..korang takyah buat kot gaya kelawar camni.
3.bahagian yang diambil tadi di tarik ke depan, seperti dalam gambar ye.

4. lilitkan di kepala dan pinkan. tak perlu lilit sampai habis. sekadar sampai di atas kepala saja.err..faham ke? maksudnya tak perlu lilit sampai ke depan(dagu).cuma sekadar nak pin di bahagian atas kepala sahaja. kalau tak faham..boleh tanya yer.boleh rujuk gambar dari belakang.

5. ambil lagi satu bahagian tudung lagi(kiri/kanan) untuk dipinkan di bahu.kemaskan sebelum pin.

6. pinkan tudung di kedua-dua belah bahu supaya lebih fix.

7. sudah siap! pandangan dari depan. boleh juga pose konon-konon ayu seperti model di atas. huahuahua

8.pandangan dari tepi.

9. pandangan dari belakang.

Cara-cara memakai 2 scarves

1.ambil scarf 1( plain/tiada corak) dan buatkan segitiga di salah satu hujung scarf.

2. gunakan bahagian segitiga tadi untuk dipakai dan pinkan seperti biasa.



3. ambil scarf ke-2 (bercorak) dan pakai seperti dalam gambar.pinkan bersama-sama scarf pertama tadi. pastikan scarf ini panjang sebelah.

4. ambil kedua-dua scarves bahagian yang panjang dan lilitkan di atas kepala. sila tidak peduli muka model.cubaan model buat muka kucing cute .
5. selepas lilit, akan jadi seperti ini ya kawan-kawan.
6. kemudian, ambil scarf pertama(plain/ tiada corak) sahaja dan lilitkan sekali lagi.
7. pinkan scarf plain/tiada corak di tepi seperti dalam gambar.

8. kemudian, ambil scarf yang bercorak tadi dan pinkan di bahu.


9. sudah siap! pandangan dari hadapan.
10. ini step paling penting ya! sila buat muka bajet…janji comel.hahaha
11. pandangan dari belakang.

Mudah bukan? korang boleh lah..cuba di rumah..
kalau tak jadi,cuba lagi. sebab lain scarf lain saiznya…so kena pandai-pandai adjust sendiri lah.
cuma, apa yang penting…kerjasama!(wonderpet)

hehehe…ok, sekian.

SELAMAT MENCUBA!

p/s: kalau nak scarf bercorak macam di atas, sila lawat blogshop saya Tie Rack Shoppe(iklan sket..hehe)

p/s i love u: thanx banyak2 yan sebab sudi jadi model tak bertauliah n sanggup tolong sampai terpaksa tido lewat. terharu… T_T

Y

Categories: Fesyen Wanita | Leave a comment

Fesyen tudung

Fesyen tudung

Categories: Fesyen Wanita | Leave a comment

Trend Remaja Kini

Image

Categories: Fesyen Remaja | Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.