Mata Sembab????? Tidak!!!!!!!

Image

Berikut adalah langkah-langkah mudah yang boleh diamalkan sendiri di rumah untuk menghilangkan masalah mata sembab:

Urutan

Gunakan jari – jari di kedua belah tangan , urut perlahan -lahan kulit wajah dengan pergerakan membulat sambil menolak lembut ke atas. Mulakan urutan dari batang hidung dan pipi, kemudian di sekitar bawah mata. Ulangi urutan sebanyak lima kali. Langkah mengurut membantu menolak bendalir yang menghasilkan tisu agar mengalir dengan lancar.

Uncang Teh

Celupkan dua uncang teh ke dalam air sejuk dan kemudian bekukannya di dalam peti sejuk. Selepas 15 minit, keluarkan uncang teh dan letakkannya ke dua – dua belah mata. Pastikan posisi berbaring dengan kepala beralaskan dua biji bantal (kepala berada dalam kedudukan yang sedikit tinggi). Biarkannya selama 10 minit.

Ketulan Ais

Hancurkan ketulan ais dan letakkan ke dalam beg plastik. Kemudian, balutkannya dengan tuala dan barulah dikedapkan pada kedua belah mata selama 10 minit.

Elak Yang Berstim

Elakkan mandi menggunakan air panas (berstim) kerana akan menambah ketara pada masalah yang dihadapi.

Minum Berais

Elakkan meminum minuman panas kerana ia akan menyebabkan pembengkakan lebih ketara. Apa kata gantikan minuman panas itu dengan minuman berais.

Produk Penjagaan Wajah

Elakkan produk yang mengandungi asid hialuronik. Ini kerana bahan yang terdapat di dalamnya akan mengikat air pada kulit seterusnya menyebabkan kawasan mata menjadi lebih membengkak. Pastikan menghindari penggunaan produk yang mengandungi bahan pengelupasan seperti asid alfa hidroksi (asid glikolik atau asid laktid), asid salistik dan retinoid.

Categories: Info Grooming | Leave a comment

Post navigation

Sila tinggalkan komen anda....TQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: