Oops…

Akim

Adakah Akim baru pulang dari Eropah? Entah mengapa trench coat seperti ini telah menjadi pilihan Akim kala menghadiri ASK 2011. Memang tak ada salahnya, cuma kurang sesuai. Lainlah kalau PWTC dituruni sajli.

Fauzi Nawawi

Pemilihan jaket emas berpotongan longgar seperti ini sebenarnya kurang sesuai untuk jejaka yang berfizikal rendah seperti Fauzi Nawawi. Tapi dia tetap berani dan kekal macho bergandingan si isteri yang sarat dengan kilauan keemasan.

Betty Banafe

Ketika bertemu Betty Banafe, dia bersifat terbuka untuk penampilannya dikritik. Mungkin inilah gaya sebenar Betty Banafe yang tidak akan pernah berubah. Walaupun tampak berusia tapi dia kekal selesa.

Ieka Mentor

Tolonglah Ieka, rimas dengan penggayaan rambut anda itu. Alasannya kerana rambutnya yang terlalu tebal. Tambahan pula digayakan dengan gaun meleret, maka bertambah meleretlah jadinya.

Rafidah Ibrahim

Inilah akibatnya bila menjadi mangsa fesyen. Langsung tak sesuai dengan imej Rafidah Ibrahim yang bertudung. Terlalu sendat, sehingga rasa sesak nafas. Sudahlah terlalu merah banyak pula kemilau di sana sini.

Maimon Mutalib

Entah apalah yang difikirkan pelakon senior Maimon Mutalib ketika menyarungkan persalinan ini. Paling tak tahan, bila ada pula butang bintang di atas kepalanya. Nanti dulu, adakah itu rambut asli atau rambut palsu? Cuba jawab sikit.

Ziela Jalil

Penampilannya sangat busy di sana sini. Dari hujung turban hingga hujung baju paras lutut. Maaflan clutch Lois Vuitton itu tak banyak membantu ya.

 

Najwa Latif

Ada sumber yang berkata, gaya Najwa Latif ketika di karpet merah seperti Mak Cik. Mulanya tak nak percaya, tapi bila sudah lihat sendiri. Alahai…Najwa Latif, kamu memang nampak berusia. What a disaster!

Rozita Che Wan

Maaflah Che Ta, walaupun you mengelak daripada pakaian dikritik tapi kali ini tak ada pilihan. Nak kata minang kabau tak juga. Nak kata fesyen futuristic, mungkin juga.Alahai sendatnya Che Ta. Boleh bernafas kah Che Ta oii..

Farahdhiya

OMG. Inilah namanya gabungan etnik dan moden. Lebih sesuai untuk ke majlis koktel, gaun singkat ini membuatkan penampilan Farahdhiya kelihatan huru-hara. Kombinasi yang kurang sesuai.

Sabhi Saddi & Erul

Memang pantang sekali bila melihat anak muda memakai songkok sebegini. Bukan nak berceramah, tapi seelok-eloknya, songkok yang direka oleh nenek moyang kita itu, adalah lebih afdal jika dipakai dengan cara sepatutnya. Tak gitu?

Aril & Azri

Bukannya apa, cuma bila baju persalinan Melayu digayakan dengan snow cap seperti yang dipakai dua bintang Akademi Fantasia, Aril dan Azri ini, tampak janggal di mata. Alangkah segak sekiranya persalinan tradisi kita digayakan dengan sempurna. Barulah semangat nak beraya.

Juliana Evans

Cantik wajah Juliana Evans. Solekan yang menawan, top dan mini skirt itupun cantik. Tapi Opss… kenapalah agaknya Juliana tergamak untuk menyarungkan sandal? Tiada langsung keseragaman dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Nurul Elfira Loi

Mungkin dalam usianya masih muda, banyak perkara yang Nurul perlu tahu dalam soal bergaya. Tapi, minta maaflah ya, penampilan anda ini masih dikategorikan dalam Opss… kerana kombinasi yang cukup mengarut. Belek majalah InTrend lagi adik yer.

 

Ramlah Ram

Memang susah untuk tampak hebat, lebih-lebih lagi jika bertudung. Mungkin masalah itulah dialami oleh Ramlah Ram. Maka dia terpaksa bergaya trendy dengan pemilihan yang agak salah dan terpesong dengan usianya. Siapa nak jawab?

Didie Alias

Bukanlah teruk sangat penampilan Didie Alias dengan persalinan rekaan Dewi Sofya ini, tapi terus terang, ada adakalanya penampilan Didie Alias agak keterlaluan. Lihatlah betapa banyaknya dawai yang melingkari lehernya. Susah Detektif Stailista nak klasifikasikan fesyennya. Tapi rambut tocang Didie kali ini memang Stailista.

Categories: Police Fesyen | Leave a comment

Post navigation

Sila tinggalkan komen anda....TQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: