Mangsa Fesyen

 

this is a soft reminder to all Mulim sister what’s a turban means.
Hadis nabi saw :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka. – riwayat Abu Daud.
banyak lagi fashion yang pelik-pelik sekarang…. berfashion tapi lupa…lupa bahawa aurat perlu ditutup bukan dibaluti..memang kadang-kadang kita terlepas pandang dan sambil lewa sahaja bila bab aurat, tapi bila umur semakin matang semakin dapat berfikir, lakukan amalan dengan sebaiknya… biar dulu kita tidak berperilaku dan masih ada masa untuk kita memohon keampunan dari-Nya..
 jangan lah jadi mangsa fashion…ingat! selangkah kita(perempuan) keluar dari rumah tanpa menutup aurat maka selangkahjuga ayahnya ke neraka. begitu juga isteri..selangkah isteri keluar dari rumah maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka,renung-renungkan…

 

Definisi mangsa fesyen

SERINGKALI kita mendengar label mangsa fesyen merujuk kepada mereka yang berpenampilan bak badut dan tidak kena gaya. Namun persoalannya, apakah definisi sebenar mangsa fesyen dan bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada tergolong dalam kategori ini?

Label atau terma ‘mangsa fesyen’ sewajarnya dielakkan oleh setiap individu kerana ia boleh mengundang reaksi kurang selesa daripada orang sekeliling. Kebiasaannya, label tersebut digunakan apabila kita ingin mengkritik gaya pemakaian seseorang.

Dalam erti kata lain definisi mangsa fesyen itu sendiri sangat subjektif dan terpulang kepada interpretasi masing-masing.

Secara peribadi saya berpendapat, selalunya individu cenderung menjadi mangsa fesyen kerana terlalu mencuba untuk berfesyen dan bergaya. Pada masa yang sama, sanggup membeli apa sahaja yang dicadangkan oleh orang lain yang dianggap stailo.

Hakikatnya, bukan mahal atau murah sesuatu pakaian yang menjadi ukuran dalam aspek penampilan seharian. Sebaliknya, memadai sekiranya individu tampil selesa dan hebat dalam pakaian yang bersesuaian dengan potongan badan, imej dan personaliti. Kunci utama, penampilan bukan bergantung kepada pakaian yang dipakai tetapi, cara kita memakai pakaian itu.

Sehubungan itu, beberapa panduan diberikan bagi membantu anda kelihatan hebat dan bergaya:

Sentiasa jadi diri sendiri

Pilih pakaian dan aksesori yang kita fikirkan menarik, bukan semata-mata mengikut trend fesyen. Selain itu, kita perlu sentiasa selesa dengan apa jua pakaian yang digayakan dan perlu bijak memilih item fesyen yang bersesuaian dengan umur, potongan tubuh badan, imej dan personaliti serta mengambil kira acara, majlis dan lokasi.

Jika kita berasakan semua mata seolah-olah memandang sinis semasa kita menggayakan sesuatu pakaian, berkemungkinan besar imej itu tidak sesuai dengan kita. Begitu juga dengan trend warna terang. Elakkannya jika anda tidak biasa serta kurang selesa memakainya. Paling penting perlu jujur dengan diri sendiri.

Usah berlebihan

Jangan terlebih dalam berfesyen. Anda tidak perlu gayakan semua pakaian dan aksesori popular dalam satu masa. Ia kelihatan pelik dan janggal. Cadangan saya, tidak perlu membazir, memadai membeli beberapa pakaian yang trendy mengikut musim. Kemudian, suai dan padan dengan item fesyen asas yang terdapat di dalam almari pakaian anda.

Suai dan padan

Pakaian baharu yang sesuai dipraktikkan suai padan bersama item fesyen lama secara bijak dan kreatif. Selalunya, kaedah ini membantu menyuntik penampilan yang lebih menarik dan segak. Lagipun, ia menjimatkan wang anda.

Rancang beli-belah

Sebelum anda bercadang untuk membeli pakaian ataupun aksesori baharu, tanya diri sendiri sama ada anda membelinya kerana ia barang terkini atau kerana anda betul-betul memerlukannya? Jika anda membeli hanya kerana jenama barangan tersebut, lupakan sahaja niat itu. Ini disebabkan lama-kelamaan anda kurang menyukai pakaian itu.

Jangan mudah terpengaruh

Usah jadi hamba fesyen disebabkan paparan media cetak dan elektronik. Jangan meniru bulat-bulat apa yang kita lihat menerusi televisyen dan majalah kerana kebanyakan selebriti serta barisan model bergaya semata-mata untuk menarik perhatian umum.

Mengambil inspirasi untuk lebih bergaya tidak salah, cuma ia perlu disesuaikan dan diolah mengikut gaya hidup. Ini termasuklah menyesuaikan dengan latar belakang budaya masyarakat setempat.

Antara ciri-ciri mangsa fesyen:

Gemar membeli barangan berjenama.

Terlalu taksub atau kuat nafsu membeli-belah sehingga sebahagian besar daripada kumpulan ini sanggup berhutang ribuan ringgit.

Hanya memakai pakaian atau aksesori trend terkini, tanpa mengira sama ada ia sesuai dengan diri dan situasi.

Membeli pakaian yang sempurna dari segi rekaan tetapi malangnya tidak cocok apabila membaluti tubuh sehingga penampilan tampak kurang sempurna.

Ciri ciri mangsa fesyen.

Antara ciri seorang mangsa fesyen ialah kerakusannya untuk mencuba dan menggayakan segala jenis fesyen terkini tetapi pada akhirnya diri mereka masih lagi kelihatan seperti sebuah kapal korek. Sebagai contoh, kita tertarik dengan rekaan fesyen terkini rekaan seorang pereka fesyen terkenal seantero benua seperti Giorgio Armani yang digayakan dalam sebuah majalah fesyen tempatan. Sebaik sahaja kita menggayakan fesyen yang sama kita kelihatan seperti seorang pesakit kronik di wad jiwa.


Salah satu lagi ialah apabila apabila kita meniru gaya atau fesyen seorang selebriti yang sememangnya menarik dipandang tetapi apabila kita memakainya atau menggayakan fesyen tersebut kita kelihatan tak lain tak bukan seperti tong sampah. Sebagai contoh, sewaktu David Beckham menggayakan rambut ala Mohican satu masa dahulu ramai pengikut setianya turut menggayakan fesyen yang sama. Malangnya, satu demi satu daripada mereka dimaki hamun dan digelakkan orang selama 7 keturunan. Agaknya, kerana malu peminatnya ditertawakan dek orang, Beckham menukar fesyen rambutnya setelah hanya 2 minggu bergaya dengan ala Mohican.

Seorang mangsa fesyen juga suka berbelanja di luar kemampuan mereka. Pada tahun 1998, seorang rakan baik saya di kolej telah membeli sehelai sweater yang mempunyai tulisan ‘Versace’ di kedua dua lengan bajunya. Beliau menghabiskan keseluruhan elaun bulanannya (RM600) untuk membeli sweater tersebut. Selama sebulan juga beliau tidak makan nasi kerana menyimpan duit untuk membelinya tapi sebaliknya memakan roti bersama krim coklat ‘Nutella’. Saya telah memarahinya selama berjam jam kerana sikapnya yang amat obses terhadap gaya dan fesyen terkini. Akhirnya, beliau meminta maaf dan telah membelikan saya sehelai baju baru sebagai tanda bersalah dan meminta maaf. Saya pun memaafkannya.

Jadi, elakkan daripada membazirkan duit untuk membeli pakaian berjenama yang mahal, tetapi sebaliknya gunakanlah duit tersebut untuk membelanja rakan rakan anda di kedai kopi, atau belanjakan duit tersebut ke arah membeli barang barang yang berfaedah seperti raket badminton atau kuih muih untuk diberi sewaktu melawat rakan rakan yang sakit.

Selain dari itu, seorang yang obses dengan fesyen juga akan membeli pelbagai jenis majalah fesyen untuk memenuhkan almari bukunya. Kononnya, mereka mengikut perkembangan terkini semasa dalam dunia fesyen. Yang peliknya, setelah sekali diimbas, majalah tersebut tidak akan dibuka lagi buat selama lamanya. Jika tak percaya, cuba buka majalah majalah tersebut apabila anda berada di rumah rakan anda. Anda akan perasan isi majalah tersebut seperti ‘melekat’ dengan mukasurat lain kerana sudah berkurun tak dibuka.

Ingat, jangan biarkan diri anda menjadi mangsa fesyen. Caranya mudah. Jadilah diri anda sendiri. Jangan jadi orang lain.

 

Dalam berfesyen ni kalau terlebih-lebih sangat nampak over juga. Itulah yang dinamakan mangsa fesyen. Gaya Siti Sarah ketika menghadiri Anugerah Skrin baru-baru ini nampak over sikit. Macam tak kena pula dengan Sarah yang genit dan comel tu.

Nampak overlah Sarah…

Kalau Sarah memang ingin nampak menyerlah kira dia berjayalah sebab warna merah menyala memang membuatkan Sarah nampak ketara dari jauh dan menonjol daripada orang lain.

Tapi bulu ayam yang banyak sangat menampakkan Sarah sedikit gempal dan pendek.

Macam lari pula daripada imej Sarah sebelum ini yang sentiasa tampil dengan gaya yang menarik.

Fesyen Datuk Siti Nurhaliza masa pelancaran album terbaru, Hadiah Daripada Hati. Ada yang mengutuk dan ada yang memuji. Tapi ramai yang tak suka dengan gaya Siti Nurhaliza.Mungkin Siti Nurhaliza ada alasan sendiri mengapa dia berpakaian seperti ini. Sehingga ada wartawan yang tidak segan silu mengatakan Siti Nurhaliza telah melakukan jenayah fesyen. Kesian Siti Nurhaliza apabila dikatakan dia juga menjadi mangsa fesyen. Siapa salah dalam hal ini? Mungkin tiada orang yang berani menegur Siti? Sepatutnya pereka fesyen yang perlu menjadi cermin dalam isu ini.

Categories: Police Fesyen | Leave a comment

Post navigation

Sila tinggalkan komen anda....TQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: